Magic Drop – Bab 1
(Espresso) Dendam Silam | Alien J
Di lubuk hutan misteri.
Wujudnya sebuah rumah dihuni ahli sihir.
''Cilia,
jangan lah asyik main je.'' tegur Ace. ''Alaa... bosan la... kenapa takde
pelanggan hari ni?'' rungut Cilia. ''Mana la aku tahu. Ah.. pelanggan!''
"Mana! Mana?" jerit Cilia sambil melihat sekeliling. "Haha..
Tipu je la." tawa Ace. "Ishh!!'' marah Cilia. "Maaflah.
Nah, teh." pelawa Ace, ''Teh apa?'' "hm... tekalah!" kata Ace.
Cilia menyahut cabaran Ace. Dia mengambil tegukan pertama. ''Ah...
manisnya~" kata Cilia dengan gembira. "Dah tahu jawapan?"
"Dah!" jawab Cilia. "Teh.. biasa je.. takde jiwa pun.
blerk." "Tadi kata sedap!!!!" marah Ace. "Tipu je!
Hahaha!"
...........................................................................................
Bab
1 : Espresso -Memori Hitam-
''Bella, cepatlah!!''
"Baik..." balas Bella. Bella ialah pelajar tingkatan 2 yang bernasib
malang. "(Kenapalah aku ni malang sangat. Setiap hari kena marah.)"
Keesokan harinya, "Saya pergi dulu." ucap Bella. "(Hmm.. aku nak
rasa perasaan bercinta, berkawan dan macam-macam lagi. Aku teringin sangat
seorang kawan... Dan teman lelaki... Haih..)" rungut Bella.
Di sekolah,
"Hoi, lembap! Cepatlah sikit makan tu!" tengking Danny.
"Baiklah.." Bella segera menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Cepatlah! Cepatlah! Lembapnya!!" kutuk Alyssa. "Maafkan saya
sebab lambat..." mohon Bella. Sewaktu pulang dari sekolah. Sehelai kertas
terbang ke arah Bella dari arah yang tidak diketahui. Kertas itu berwarna putih
ke biru seakan ombre. Kertas itu bertulis, "Silalah ke Mage Noel. Di situ,
hajat kau akan termakbul.'' "Wah.. mungkin aku boleh dapat kawan dan teman
lelaki kalau aku pergi sini." fikir Bella.
Setibanya Bella di
rumah itu, dia berasa takut bercampur gembira. Dia mahu hajatnya termakbul
tetapi rumah itu kelihatan pelik kerana dikelilingi pokok dan berada di hutan.
Dia memberanikan diri dengan mengetuk pintu. KTOK TOK! TOK! ''Selamat Datang ke
Mage Noel.Nama saya Ace." kata seorang gadis sebaik sahaja pintu itu
terbuka selepas diketuk. "Sudah tentu kamu mempunyai hajat kerana kamu
sampai ke rumah saya." kata gadis misteri itu yang juga pemilik rumah itu
sambil tersenyum. "Hajat saya.." belum sempat Bella menghabiskan ayatnya,
Ace berkata, "Jemputlah masuk dahulu." Bella masuk ke dalam rumah
itu. Dia kagum akan kecantikan rumah itu. Dari luar, ia nampak kecil sahaja
kerana berpagar namun didalamnya, ia dipenuhi dengan set teh, gelas, bau herba,
teh dan kopi. "Kedai apa ni?" tanya Bella "Ni rumah saya juga
kedai saya. Saya jual teh dan kopi untuk makbulkan hajat." terang Ace. Jadi, silakan cerita
kepada saya tentang hajat kamu." pinta Ace. "Saya... saya rasa sunyi
sangat. Saya selalu dibuli. Saya takde rakan mahupun teman lelaki. Ahli
keluarga saya selalu marah saya. Saya sunyi. Saya nakkan rakan. Saya mahu teman
lelaki. Saya juga mahu kekuatan supaya semua orang takut akan saya."
terang Bella dengan nada yang semakin tinggi. "Maaf, hajat kamu terlalu
banyak. Setiap seorang hanya dua hajat sahaja boleh saya makbulkan." kata
Ace. "Kenapa satu je?!" tengking Bella. "Sebab, saya buat teh
dan kopi magik. Magik adalah mahal. Ramuan nya terhad." terang Ace
bersahaja. Dia sengaja memberi alasan sebegitu, padahal kerana manusia tamak
dengan hajat, jadi hajat untuk makbul terhad. Kopi atau teh adalah jenis magik
yang ditetapkan untuk dia, tiada ramuan terhad pun.
"Kalau begitu, saya
mahukan kekuatan." pinta Bella. "Baiklah.." kata Ace sambil
senyum.
...........................................................................................
Keesokan harinya, “(Aku
dah buat dan minum kopi yang dia bagi
semalam, tapi kenapa tak rasa apa-apa perubahan pun?” bisik Bella dalam
hatinya. Dia tertanya- tanya bilakah hajatnya termakbul. Keterujaannya
melimpah. “AH! Mungkin perempuan semalam tu tipu aku?” agak Bella. Dia berasa
sedih. Kemudian, dia pergi ke sekolah. Langkahnya perlahan. Berat mahu mara. Kecewa.
Dia inginkan kekuatan.
“Hai, Bella!” panggil
Danny ke arah Bella. Dia melambai-lambai dengan gembira. Bella memandang ke
arah Danny dengan penuh tanda tanya. Adakah dia panggil aku?
Mengapa? Aku ada buat
salah? “Y-yaa…?” balas Bella yang diahkiri tanda tanya. “Jom masuk kelas.” Ajak
Danny. “Kelas?” soal Bella. “Yalah. Jom!” Danny kemudiannya menarik tangan
Bella. “(Biar benar! Danny tarik tangan aku! Malunyaa!! Dia lelakilah! Kenapa
jadi macam niii?)” bisik hati Bella. “(Tunggu, mungkin sebab kopi yang
perempuan semalam bagi! Memang betul ada magiklah! Bahagianya!!)” sambung Bella. Setibanya di kelas, Bella
disapa oleh ramai gadis sekelasnya. Kini mereka menjadi rakan.
Sementara Bella di
kelas. Ace berada di luar kelas memerhati Bella. “Pelik.” Kata Cilia. “Apa yang
peliknya?” soal Ace sambil tersenyum. “Hajat dia kekuatan bukan teman kan?”
“Ya.” Jawab Ace dengan tenang. “Kau salah bagi magik ke?” soal Cilia
kebingungan. Dia berasa aneh. “Takdelah. Aku bagi dia apa yang dia nak. Cuma
hajat dia tak tercapai lagi. Kau tunggu je.” Terang Ace. “Hajat dia akan
tercapai dari segi kekuatan hati atau kekuatan luaran?” “Hmmm.. dua-dua.” Balas
Ace selamba.
*berbalik ke masa Bella
jumpa Ace*
“Apa ni?” soal Bella. Dia
tahu bahawa itu ialah kopi. Tetapi dia tidak percaya yang kopi itu mempunyai
magik. “Espresso. Magis yang terkandung adalah kekuatan. Kopi ni agak tinggi asidnya.
Selepas minum, tiada tindak balas terhadap badan. Tetapi nasib. Lama-kelamaan,
kuasa tu datang. Makin awak minum, makin kuat.” Terang Ace.
...........................................................................................
“Hahaha.. sekarang aku
dah dapat kawan.. aku nak teman lelaki.” Kata Bella dengan angkuh. “Tunggu.
Kuasa awak sudah melampau.” Kata Ace yang tiba-tiba muncul. “Kenapa pula?”
“Sebab kuasa kopi tu semakin melimpah dalam hati awak. Baik awak berhati-hati.”
Terang Ace, dalam masa yang sama, dia memberi amaran kepada Bella. “AH! Aku tak
kisah. Aku dah dapat kawan. Aku bakal mendapat teman lelaki. Selepas itu..
impian aku akan terlaksana. Hajat aku yang terpendam.” Balas Bella sambil
menepis tangan Ace. “Baiklah.” Kata Ace lalu pergi.
Keesokan hari, “(hmm..
tinggal Danny. Aku mahukan Danny sebagai teman lelaki aku. Walaupun dia selalu
buli aku. Sebab utama aku hanya satu.)” bisik hati Bella.
Nasibnya baik. Pagi itu,
di depan pagar sekolah, kelihatan Danny melambai-lambainya seperti sebelum ini.
“Hai, Bella!” sapa Danny. “Hai. Err.. boleh ikut saya tak…?” soal Bella dengan
nada yang lembut. “Ya. Semestinya!” balas Danny sambil tersenyum. Mereka berdua
ke suatu tempat tersembunyi di belakang sekolah. “Bella, kenapa kena masuk
rumah usang ni?” soal Danny, dia berasa hairan akan kelakuan Bella. “Sebab…
saya nak balas dendam!” kata Bella sambil tersenyum sinis. Bau darah memenuhi
ruang dalam rumah itu. Kelihatan mayat di atas lantai membuatkan Danny berasa
gelisah.Bella masih tersenyum sinis. Tangannya pula memegang sebilah pisau, dia
mahu menikan Danny?
“Seorang yang tamak akan
kekuatan, bongkak dan penuh benci, maka jatuhlah kau ke dalam dunia pahit
kopi.” Kata Ace secara tiba-tiba. Setelah itu, secara serta-merta, tangan Bella
menggeletar kegigilan. Air matanya membasahi pipinya. Danny yang kebingungan
berlari memanggil polis. “Saya dah ambil ‘maruah’ awak sebagai bayaran. Saya
tak sangka awak sanggup bunuh ahli keluarga awak.” Ucap Ace sebelum beredar.
Selepas tiga puluh minit, polis datang ke rumah usang itu, didapati mayat-mayat
di dalam rumah usang itu ialah ahli keluarga Bella, rakan sekelasnya yang
dulunya orang yang pernah buli Bella. Bella ditahan.
Selepas itu, Bella
menangis teresak-esak di dalam penjara. –tamat
NOTA :
Cerita ini ada
sambungannya. Setiap hari Jumaat (atau hari Sabtu, Ahad) saya akan post entry
baru tentang cerita ni. Saya mahu jadikan ia sebagai novel suatu hari nanti.
Harapnya begitu. Kepada
yang tertanya apa motif sebenar Bella, motifnya ialah untuk membalas dendam. J Bye!
Coffee or Tea :
Espresso – saya pilih
Espresso kali ni sebab Espersso ni boleh dikatakan sejenis kopi yang lepas hirup terasa kekuatan
nya. Saya sengaja buat perubahan kekuatan lambat ke atas Bella. Rasa dan baunya
yang kuatlah buat saya pilih Espresso untuk bab ini.