Sabtu, 29 Ogos 2015

Magic Drop - Espresso (Bab 1 jilid 1) | Alien


Magic Drop – Bab 1 (Espresso) Dendam Silam | Alien J

Di lubuk hutan misteri. Wujudnya sebuah rumah dihuni ahli sihir.

    ''Cilia, jangan lah asyik main je.'' tegur Ace. ''Alaa... bosan la... kenapa takde pelanggan hari ni?'' rungut Cilia. ''Mana la aku tahu. Ah.. pelanggan!'' "Mana! Mana?" jerit Cilia sambil melihat sekeliling. "Haha.. Tipu je la."  tawa Ace. "Ishh!!'' marah Cilia. "Maaflah. Nah, teh." pelawa Ace, ''Teh apa?'' "hm... tekalah!" kata Ace. Cilia menyahut cabaran Ace. Dia mengambil tegukan pertama. ''Ah... manisnya~" kata Cilia dengan gembira. "Dah tahu jawapan?" "Dah!" jawab Cilia. "Teh.. biasa je.. takde jiwa pun. blerk." "Tadi kata sedap!!!!" marah Ace. "Tipu je! Hahaha!"

                                   ...........................................................................................

     Bab 1 : Espresso -Memori Hitam-
''Bella, cepatlah!!'' "Baik..." balas Bella. Bella ialah pelajar tingkatan 2 yang bernasib malang. "(Kenapalah aku ni malang sangat. Setiap hari kena marah.)" Keesokan harinya, "Saya pergi dulu." ucap Bella. "(Hmm.. aku nak rasa perasaan bercinta, berkawan dan macam-macam lagi. Aku teringin sangat seorang kawan... Dan teman lelaki... Haih..)" rungut Bella.

  Di sekolah, "Hoi, lembap! Cepatlah sikit makan tu!" tengking Danny. "Baiklah.." Bella segera menyuap nasi ke dalam mulutnya. "Cepatlah! Cepatlah! Lembapnya!!" kutuk Alyssa. "Maafkan saya sebab lambat..." mohon Bella. Sewaktu pulang dari sekolah. Sehelai kertas terbang ke arah Bella dari arah yang tidak diketahui. Kertas itu berwarna putih ke biru seakan ombre. Kertas itu bertulis, "Silalah ke Mage Noel. Di situ, hajat kau akan termakbul.'' "Wah.. mungkin aku boleh dapat kawan dan teman lelaki kalau aku pergi sini." fikir Bella.


 Setibanya Bella di rumah itu, dia berasa takut bercampur gembira. Dia mahu hajatnya termakbul tetapi rumah itu kelihatan pelik kerana dikelilingi pokok dan berada di hutan. Dia memberanikan diri dengan mengetuk pintu. KTOK TOK! TOK! ''Selamat Datang ke Mage Noel.Nama saya Ace." kata seorang gadis sebaik sahaja pintu itu terbuka selepas diketuk. "Sudah tentu kamu mempunyai hajat kerana kamu sampai ke rumah saya." kata gadis misteri itu yang juga pemilik rumah itu sambil tersenyum. "Hajat saya.." belum sempat Bella menghabiskan ayatnya, Ace berkata, "Jemputlah masuk dahulu." Bella masuk ke dalam rumah itu. Dia kagum akan kecantikan rumah itu. Dari luar, ia nampak kecil sahaja kerana berpagar namun didalamnya, ia dipenuhi dengan set teh, gelas, bau herba, teh dan kopi. "Kedai apa ni?" tanya Bella "Ni rumah saya juga kedai saya. Saya jual teh dan kopi untuk makbulkan hajat." terang Ace.Jadi, silakan cerita kepada saya tentang hajat kamu." pinta Ace. "Saya... saya rasa sunyi sangat. Saya selalu dibuli. Saya takde rakan mahupun teman lelaki. Ahli keluarga saya selalu marah saya. Saya sunyi. Saya nakkan rakan. Saya mahu teman lelaki. Saya juga mahu kekuatan supaya semua orang takut akan saya." terang Bella dengan nada yang semakin tinggi. "Maaf, hajat kamu terlalu banyak. Setiap seorang hanya dua hajat sahaja boleh saya makbulkan." kata Ace. "Kenapa satu je?!" tengking Bella. "Sebab, saya buat teh dan kopi magik. Magik adalah mahal. Ramuan nya terhad." terang Ace bersahaja. Dia sengaja memberi alasan sebegitu, padahal kerana manusia tamak dengan hajat, jadi hajat untuk makbul terhad. Kopi atau teh adalah jenis magik yang ditetapkan untuk dia, tiada ramuan terhad pun.

"Kalau begitu, saya mahukan kekuatan." pinta Bella. "Baiklah.." kata Ace sambil senyum.

                                   ...........................................................................................
Keesokan harinya, “(Aku dah buat dan minum  kopi yang dia bagi semalam, tapi kenapa tak rasa apa-apa perubahan pun?” bisik Bella dalam hatinya. Dia tertanya- tanya bilakah hajatnya termakbul. Keterujaannya melimpah. “AH! Mungkin perempuan semalam tu tipu aku?” agak Bella. Dia berasa sedih. Kemudian, dia pergi ke sekolah. Langkahnya perlahan. Berat mahu mara. Kecewa. Dia inginkan kekuatan.

“Hai, Bella!” panggil Danny ke arah Bella. Dia melambai-lambai dengan gembira. Bella memandang ke arah Danny dengan penuh tanda tanya. Adakah dia panggil aku?
Mengapa? Aku ada buat salah? “Y-yaa…?” balas Bella yang diahkiri tanda tanya. “Jom masuk kelas.” Ajak Danny. “Kelas?” soal Bella. “Yalah. Jom!” Danny kemudiannya menarik tangan Bella. “(Biar benar! Danny tarik tangan aku! Malunyaa!! Dia lelakilah! Kenapa jadi macam niii?)” bisik hati Bella. “(Tunggu, mungkin sebab kopi yang perempuan semalam bagi! Memang betul ada magiklah! Bahagianya!!)”  sambung Bella. Setibanya di kelas, Bella disapa oleh ramai gadis sekelasnya. Kini mereka menjadi rakan.

Sementara Bella di kelas. Ace berada di luar kelas memerhati Bella. “Pelik.” Kata Cilia. “Apa yang peliknya?” soal Ace sambil tersenyum. “Hajat dia kekuatan bukan teman kan?” “Ya.” Jawab Ace dengan tenang. “Kau salah bagi magik ke?” soal Cilia kebingungan. Dia berasa aneh. “Takdelah. Aku bagi dia apa yang dia nak. Cuma hajat dia tak tercapai lagi. Kau tunggu je.” Terang Ace. “Hajat dia akan tercapai dari segi kekuatan hati atau kekuatan luaran?” “Hmmm.. dua-dua.” Balas Ace selamba.

*berbalik ke masa Bella jumpa Ace*
“Apa ni?” soal Bella. Dia tahu bahawa itu ialah kopi. Tetapi dia tidak percaya yang kopi itu mempunyai magik. “Espresso. Magis yang terkandung adalah kekuatan. Kopi ni agak tinggi asidnya. Selepas minum, tiada tindak balas terhadap badan. Tetapi nasib. Lama-kelamaan, kuasa tu datang. Makin awak minum, makin kuat.” Terang Ace.

                                   ...........................................................................................
“Hahaha.. sekarang aku dah dapat kawan.. aku nak teman lelaki.” Kata Bella dengan angkuh. “Tunggu. Kuasa awak sudah melampau.” Kata Ace yang tiba-tiba muncul. “Kenapa pula?” “Sebab kuasa kopi tu semakin melimpah dalam hati awak. Baik awak berhati-hati.” Terang Ace, dalam masa yang sama, dia memberi amaran kepada Bella. “AH! Aku tak kisah. Aku dah dapat kawan. Aku bakal mendapat teman lelaki. Selepas itu.. impian aku akan terlaksana. Hajat aku yang terpendam.” Balas Bella sambil menepis tangan Ace. “Baiklah.” Kata Ace lalu pergi.

Keesokan hari, “(hmm.. tinggal Danny. Aku mahukan Danny sebagai teman lelaki aku. Walaupun dia selalu buli aku. Sebab utama aku hanya satu.)” bisik hati Bella.
Nasibnya baik. Pagi itu, di depan pagar sekolah, kelihatan Danny melambai-lambainya seperti sebelum ini. “Hai, Bella!” sapa Danny. “Hai. Err.. boleh ikut saya tak…?” soal Bella dengan nada yang lembut. “Ya. Semestinya!” balas Danny sambil tersenyum. Mereka berdua ke suatu tempat tersembunyi di belakang sekolah. “Bella, kenapa kena masuk rumah usang ni?” soal Danny, dia berasa hairan akan kelakuan Bella. “Sebab… saya nak balas dendam!” kata Bella sambil tersenyum sinis. Bau darah memenuhi ruang dalam rumah itu. Kelihatan mayat di atas lantai membuatkan Danny berasa gelisah.Bella masih tersenyum sinis. Tangannya pula memegang sebilah pisau, dia mahu menikan Danny?

“Seorang yang tamak akan kekuatan, bongkak dan penuh benci, maka jatuhlah kau ke dalam dunia pahit kopi.” Kata Ace secara tiba-tiba. Setelah itu, secara serta-merta, tangan Bella menggeletar kegigilan. Air matanya membasahi pipinya. Danny yang kebingungan berlari memanggil polis. “Saya dah ambil ‘maruah’ awak sebagai bayaran. Saya tak sangka awak sanggup bunuh ahli keluarga awak.” Ucap Ace sebelum beredar. Selepas tiga puluh minit, polis datang ke rumah usang itu, didapati mayat-mayat di dalam rumah usang itu ialah ahli keluarga Bella, rakan sekelasnya yang dulunya orang yang pernah buli Bella. Bella ditahan.

Selepas itu, Bella menangis teresak-esak di dalam penjara. –tamat

NOTA :
Cerita ini ada sambungannya. Setiap hari Jumaat (atau hari Sabtu, Ahad) saya akan post entry baru tentang cerita ni. Saya mahu jadikan ia sebagai novel suatu hari nanti.
Harapnya begitu. Kepada yang tertanya apa motif sebenar Bella, motifnya ialah untuk membalas dendam. J Bye!
Coffee or Tea :
Espresso – saya pilih Espresso kali ni sebab Espersso ni boleh dikatakan  sejenis kopi yang lepas hirup terasa kekuatan nya. Saya sengaja buat perubahan kekuatan lambat ke atas Bella. Rasa dan baunya yang kuatlah buat saya pilih Espresso untuk bab ini.
                                 
Story written by : Alien J